Dah lama rasa nya aku tak update blog nii.. ntahlah sejak kebelakangan ni aku dilanda masalah jiwa ngan mental skit...
Rasanya masih belum terlambat lagi tuk aku ucapkan selamat pengantin baru kat membe aku cekna, semoga hang berbahagia hingga ke anak cucu cicit.. aku nyer turn lame lagik kott.. sabo je lah maybe belum ada jodoh.. bercinta.. nak kata ada mcm tak de nak kata tak de mcm ada...ntah lah sukar tuk aku jelaskan status cinta aku skarang nii... lagipun aku nak tumpukan perhatian pada study aku dulu.. tak lama lagi nak abes nii..
Cinta.. emm... apa ada pada cinta?? definisi cinta sebenarnya berlainan dari pandangan orang lain.. ramai yang tidak mempercayai cinta sejati.. namun aku percaya cinta itu wujud, tapi wujud dalam pelbagai bentuk dan rasa, dari pelbagai situasi dan fantasi, keadaaan dan kewajaran.
Makna cinta itu sendiri terlalu universal, terlalu semesta.. orang cakap, cinta itu buta, cinta tidak kenal usia, cinta tidak semestinya bersatu, cinta itu indah, mcm² ada, tapi itu apa yg orang kata lah..
bagi aku cinta itu, ibarat kesempurnaan manusia yang tidak sempurna pada azalinya.. cinta itu melengkapkan malam malam sunyi kita, cinta itu mencerahkan hari mendung kita, cinta itu mendatangkan harapan pada saat jatuh kita.. sempurnakan harimu..ehehe..
mempunyai sebuah gadget baru yang canggih tidak menjadikan hidup aku sempurna.. mempunyai 10,000 pasang kasut juga tidak menjadikan hidup aku sempurna.. mempunyai 500 orang pasang kekasih yang tidak punya apa apa makna juga tidak membuatkan aku sempurna..
aku sempurna bila aku boleh buat dia senyum.. aku sempurna bila aku boleh buat dia rasa happy.. aku sempurna bila dia percaya dengan kejujuran dan keikhlasan aku..
itulah cinta... menjadikan kita rasa hebat yang amat, walaupun perasaan yang dirasai itu sebenarnya sekecil kuman.
jadi apa cinta sebenarnya?? rasa perlu, memerlukan, dan diperlukan... rasa sempurna, menyempurnakan dan disempurnakan.
Love can touch us one time, And last for a lifetime
And never let go till we're one...
Love was when I loved you, One true time I hold to
In my life we'll always go on
You're here, there's nothing I fear
And I know that my heart will go on....
itu cinta bagi aku... namun kadang-kala cinta itu bukan untukku.. jadi aku mengalah... asalkan dia bahagia.. biarlah aku sendiri.. Me, myself and i... broken & lonely....
No comments:
Post a Comment