Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu buat Mama ..

Mama...
renunganmu penuh bererti
mengharapkan kami mengerti
akan kepayahanmu dlm membesarkan kami
namun tidak pernah sekalipun kau kesali

kau yg melahirkan
kau juga yg membesarkan
kau yg memberi pendidikan
kau juga yg selalu menasihatkan
budi dan jasamu bak air dilautan
tidak sesekali akan kami lupakan

pengorbananmu tidakkan terbalas
walau kami bekerja keras
kerna segalanya kau berikan ikhlas
tanpa dirimu kami pasti tertewas

kau ibumithali
kasihmu kasih sejati
yg tak bisa dijual beli
hidup kami sentiasa kau restui
walau adakalanya hatimu kami sakiti
namun kelembutanmu yg menghiasi
menjadikan dirimu setabah serikandi

Mama...
pesananmu akan sentiasa kuingati
mengajar kami akan akhlak dan budi
sudah kusemat di dlm hati
demimu Mama... lautan api sanggup kurenangi..
Selamat Hari Ibu buat Mama ...

1 comment:

kenwooi said...

sweet!
happy mum's day to all mums! =D