Sejauh mana mampu ku bertahan
Cukupkah sudah setia disoalkan
Petanda apa lagi mahu ku sembahkan
Menguji ketabahan cinta digadaikan
Sehabis daya telah kugagahkan
Semampu sabar aku pertaruhkan
Cubaan ini sukar sungguh menyiksakan
Arus yang melanda leburkan asmara
Ku cuba pertahankan kemesraan dulu
Ku cuba menyemaikan cintaku yang hancur
Ku cuba memujuk hati sendiri
Lontarkan secebis rasa simpatimu
Menemani hidup yang tersisa ini
Ku susuri malam
Ku jejaki siang
Tanpa perasaan
Ku kecundang
Andainya ku pergi dalam mengenangmu
Izinkan ku bawa segala kenangan
Ku pejamkan mata
Melayan anganan
Tidak kesampaian
Ku kecundang
Hacker List Roblox
3 years ago
No comments:
Post a Comment