Untuk kamu yang sedang menunggu. Saya juga pernah menunggu seperti kamu. Saya juga pernah merasa putus asa ketika menunggu. Kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti. Sangat memenatkan. Sangat menyakitkan. Kamu bermain teka teki dengan hati. Tetapi, antara fikiran dan hati.
Yang mana satu selalu menang? Kamu tahu jawapannya. Fikiran kata, pergi. Hati kata, nanti. Akhirnya kamu masih begitu. Menunggu dan terus menunggu. Dahulu, seseorang pernah bertanya. Saya tak penatkah menunggu. Saya memang penat. Saya rasa sakit. Saya terguris. Saya menangis. Ada sesuatu yang menyuruh saya terus menunggu. Satu semangat yang sukar untuk dijelaskan. (Tapi kini, semuanya hanyalah kenangan).
Tiada apa yang masih terus, kalau hati kamu kata…Berhenti. Cukuplah segalanya sampai di sini. Kalau kamu masih mahu menunggu. Teruskan menunggu. Cuma jangan terlalu lama. Kerana, ketika kita menunggu. Banyak perkara yang sedang berlari meninggalkan kita. Tamatkanlah segala teka teki. Pastikan isi hati. Sunyi. Sepi. Sendiri. Ketiga-tiganya berkaitan. Lebih kurang sama. Kata ayah. Kata semua orang.
Kata-kata yang saya baca di buku. Sepi itu indah. Benarkah? Indah. Memang sangat indah. Kalau kita benar-benar ingin menghayati rasa sepi. Dengan bersendiri. Pastinya indah. Tetapi bagaimana. Kalau saat itu. Kita tidak mahu sendiri. Kita penat bersendiri. Kita rasa sunyi. Sunyi yang teramat. Sunyi yang mengejar. Tanpa henti. Apakah sepi dan sunyi itu masih lagi indah?
Pabila ia memaksa kita berada dekat dengannya? Saat kita mahu menjauhi. Ia tetap mendakap erat. Seperti tidak mahu melepaskan. Membebaskan. Hingga kita terasa hampir mati kelemasan. Mati dalam sunyi. Lara dalam kesepian. Adakah? Mungkinkah? Sepi itu indah. Sunyi itu resah. Sendiri tak bermaksud sepi. Sunyi. Sepi. Sendiri. Ketiga-tiganya berkaitan. Kawan dan juga lawan.
Hacker List Roblox
3 years ago
No comments:
Post a Comment