Saturday, September 30, 2006

Cinta umpama menunggu bas (1)

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas
tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata
pada diri awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat
duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya
akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu
berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti
tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat
tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu
berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... tak
de air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan
bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas
yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin
mendung dan baru awak perasan yg
awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula
panik dan terus naik bas yg datang ketika itu,
walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak
dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah
membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-
cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak
akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak
terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, (terutamanya golongan lelaki) perempuan
pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu
memang tak salah.

Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi
satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi... saya pasti awak semua tentu ada
pengalaman yg macam ni. Awak nampak
sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-
nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu
pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak
nampak

awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah
BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab
setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri
awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas,
sama ada awak nak naik dan beri peluang pada
bas tu... semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!!


No comments: