Monday, September 11, 2006

Kenangan...Rindu...

Dulu aku pernah terpana pada cinta pandang pertama.... indah tanpa ku fikirkan buruknya, dunia bagaikan milik ku, segala rintangan dalam gengaman, rumit atau tak aku harunginya jua, bagi ku saat bersama adalah yang terindah, engkau bagaikan permata sejati yang sukar aku lepaskan, bagi ku engkau adalah segalanya..kini aku sukar untuk melafazkan kata sayang, mungkin kerana aku bukan seperti dulu..kini pengalaman mengajar segalanya, aku lebih tabah, cuma kenangan lalu tetapku simpan untuk kenangan masa akan datang..tidak pernah ku rasakan kehilangan dirimu, amat perit..setelah aku tahu aku kehilangan dirimu, namun kenangan lalu mengubat kehilangan itu, baru ku sedar betapa pentingnya dirimu buatku.. ku ukir setiap baris nama mu pada setiap baris dalam diari ku terlukis corak berbentuk hati, membuatku tersenyum sendiri..maka terhiburlah hati ini bila terkenang akan dirimu yang selalu membuat diriku tenang..kini ku sedari bahawa hidup ini penuh dengan kegembiraan yang bersulam kedukaan dan penuh dengan kepuraan, tapi semuanya indah..terlalu indah untuk diungkapkan menjadi satu untaian kata-kata, tapi itulah hakikat sebenarnya hidup ini.. adakalanya manusia terlalu tinggi dipuncak dan sampai satu ketika goyah dan terjunam ke bawah, terjunam ke bawah menjadi makhluk kerdil..sekerdil semut di bawah...hidup ini bagaikan roda berputar mengikut arus masa....adakalanya laju meluncur di landasannya sampai satu ketika perlahan mengikut rentak kehidupan, kehidupan yang penuh cabaran...cabaran yang mengingatkan kita pada masa depan..masa depan yang belum menjanjikan sejuta kebahagian.. kita manusia perlu teruskan hidup ini.. teruskan hidup ini untuk menjadikan suasana hidup ini lebih indah, seindah yang kita inginkan..tapi mesti diingat dalam mengejar apa yang kita impikan perlukan satu pengorbanan.. pengorbanan yang menjanjikan kemanisan, kemanisan yang sememangnya diagungkan semoga apa yang diagungkan menjadi sesuatu yang indah..hinggakan terlalu indah untuk dijelaskan...



namun kenangan tetap menjadi kenangan..akan kusimpan dan ku semat namamu dekat dihatiku...biar jauh dimata, kau tetap dihati...kenang daku dalam doamu...

Miss_1


No comments: