Saturday, January 31, 2009

Sehari di Kandang kuda..

arini gi kandang kuda.. kekeke..





berkabus kat sini.. menggigil jugak la time naik kuda.. huhuhu















anyway.. memang best la.. nanti cuti2 malaysia nak gi lagik...

Tuesday, January 27, 2009

Lagi-lagi boring...

kekeke.. tak de ape.. aku ni memang memanjang boring jer.. huhuhhu.. arini malas nak gi memana.. duk umah update forum smkm2 jer.. pastu download citer Prison Break Season 4... pathetic tull aku nii.. huhuhu...

Monday, January 26, 2009

CNY & Gerhana Bulan Separa...

Arini hari pertama Chinese New Year... so Happy Chinese New Year and Gong Xi Fatt Cai to all!!Tahun ni tahun lembu.. Menurut zodiak Cina, lembu adalah simbol kekuatan, keazaman serta tidak pernah berputus asa dalam mencapai sesuatu matlamat... ok lah cukup lah tu.. lelain pepandai ler korang google pasal raya cina nii k..

Kul 3ptg aku gerak pi planetarium negara.. lom ramai org lagik time aku sampai sana.. Arini juga berlakunya Gerhana Matahari Separa @ Gerhana Matahari Anulus (Partial Solar Eclipse).. FYI, Gerhana Matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintasi laluannya di antara Matahari dan Bumi supaya Matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya.. kat Malaysia kita dpt tengok skit je tapi yg penuh kat Indon nun..

ni aku snap skit gambo2 kat situ..















emm.. tapi dah nak dekat2 5.50ptg awan plak lindung matahari tu so tak nampak ler sampai abes..

Sunday, January 25, 2009

Cuti yg menyedihkan...

arini biasalah bangun lambat kekeke.. cuti2 malaysia la kann... mlm gi shopping jajan (makanan ringan ler) kat Tropicana City Mall... tak de ape yg menarik ler.. buring tull.. ni ler aktiviti aku time cuti2 nii.. pathetic kann.. huhuhu...

Saturday, January 24, 2009

3 Movies-in-a-row..

arini ingat nak gi jenjalan gi kl.. tapi jalan jamm giler.. pastu hujan lebat laks.. so aku pun melencong ke 1Utama.. emm tak ramai plak org arini.. agaknya semua dah balik kg kot.. tapi ade gak lah yg masih sebok shopping last minit.. aku pun tak de tujuan saje je nak buang masa so apa lagi gi tengok movie ler cam biasa...

aku gi beli 3 tiket movie.. first citer "Inkheart"... second citer "Underworld 3 : Rise of the Lycans"... and third citer "Bride Wars"...

bagi aku tiga2 citer tu best... malas nak komen bebanyak sbb mata dah ngantuk nii.. hurm bsok tak tau ler ape aktiviti aku nak buat.. semua org balik kampung.. huhuhu sedey nyerrr...

Friday, January 23, 2009

Boring lagi...


huhuhu.. buring tull kat opis nii.. semua org dah sebok bercuti CNY.. aku juga yg terperuk kat opis nii.. nak balik kampung tapi tiket mahal nak mampos.. dah ler minggu dpn cuti pjg.. huhuhu nak buat apa nii.. kerje semua dah beres pagi tadik.. buhsan.. buring sesangat nii.. kalau tau mcm ni baik aku bawak psp aku tu tadik, bleh main game..

Thursday, January 22, 2009

Sunyi itu Menyakitkan...

Walaupun sunyi itu aman dan tenang, tetapi begitu menyakitkan, Hidup seperti di dalam penjara, terluka hati bukan hanya kerana dikecewakan, Tetapi jua kerana keseorangan.

Akulah si rama-rama yg selalu disakiti, padahal aku tak pernah menyakiti, Hatiku meronta ingin bersama teman berterbangan, Tetapi tiada yg ingin terbang bersama, Aku sering bertanya kepada diriku, Mungkinkah aku si rama-rama yg terlalu cantik, Sehingga mereka berasa cemburu, Atau mungkinkah aku si rama-rama yg hodoh, Sehingga mereka tidak sudi mendampingiku.

Tidakkah mereka mengerti, bahawa aku ingin bebas,
Dari belenggu sangkar kebosanan ini..
Oh! Siapakah yg ingin mengerti?
Seterusnya menemani kesunyian ini..

Wednesday, January 21, 2009

Ingatan..

Jika ingatan padaku sudah tiada, sedetik luangkanlah agar diri ini masih mempunyai makna, agar diri ini tidak terus luput.

Aku setiap masa masih setia, ingatan ku pada mu tidak pernah goyah, masih kukuh seperti detik-detik indah dulu, yang ku harap akan berulang..

Mungkin aku ibarat pipit yg tidak tahu diri, tapi ketahuilah teman, aku masih mempunyai hati dan perasaan, punya hati dan rasa untuk rindu merindui.

Ingin ku katakan padamu, betapa aku rindu padamu, betapa aku rindu pada dendangan mu yg aku semakin pasti, kau tidak sudi aku menjadi pendengarnya.

Teman, jauh di sudut hati ini, aku tanamkan secebis harapan, agar kau akan tetap setia mengingati pada insan yg pernah kau kenali suatu tika dahulu.

Salam rindu ku padamu, ku utus di angin lalu...

Tuesday, January 20, 2009

Hujan..


maghrib2 ni hujan lebat plak.. nak tido tapi tak bleh.. lapo pun ader nii.. huhuhuhu... sempat lagik aku mensnap gambo kat luar tuu..







semua org tak balik lagik.. buhsan tull bila sensorang kat umah nii.. sunyi sepi.. kengkadang seram pun ada.. wakaka sengall aku nii..

Monday, January 19, 2009

Merah ???

Merah.. Apa ke halnya dengan warna merah??

ntah.. tetiba jer aku nak tulis pasal kaler merah nii.. tak kisah lah merah terang ker.. merah gelap ker.. merah jambu or merah hati or pink.. redmummy ker.. (eheehe tertiba laks tertaip redmummy, actually aku skang ni pun dah jadik silence follower blog akak tu).. kekeke..

ok back to the point..

skang ni kan dah nak dekat CNY dah tentu2 ler sekeliling kita penuh ngan kaler merah nii kann.. ni aku list kan beberapa topik pasal kaler merah yg aku jumpa kat internet nii...


i) RAHSIA yang ada disebalik warna MERAH (by PakarHowTo)

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian..
Merah Terang : Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu : Warna ini melambangkan romantik, feminin. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

ii) Merah +ve or -ve
Merah +ve : lambang kejayaan/sukses, semangat, kecerdasan fizikal & material - kekayaan wang ringgit (jika rasa lemah badan, maka kena buat senaman sedikit supaya lebih warna merah pada aura tubuh), seksual, keinginan, kemenangan dan warna kemahuan.

Merah -ve : melambangkan ego, marah, dengki, cemburu.

iii) Dari pelbagai sudut



Dari sudut kaum cina: Warna merah itu dipanggil hong dalam bahasa Cina. Bunyinya kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna ini akan membawa tuah. Jika kita pakai warna merah pada hari pertama Tahun Baru Cina, kita akan dilimpahi tuah sepanjang tahun...

Dari sudut tubuh metafizik: warna merah diwakili dari Chakra Dasar atau chakra yang paling bawah sekali duduknya daripada tujuh chakra utama di dalam tubuh metafizik manusia.

Dari sudut kerjaya dan bidang perniagaan: merah diwakili bidang seperti hiburan, perniagaan makanan (restauran), minyak dan petrol, internet, dan yang berkaitan dengan elektrik.
Orang yang dominan dengan aura merah juga sangat realistik, bersemangat untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan mereka dan selalunya agak agresif dari segi tindakan.

Dari sudut lampu trafik: merah tanda berhenti.. tapi ada gak mat2 rempit yg bengong gi jalan time lampu merah nii.. kene langgar ngan lori padan muke.. mwhhahaha..
Dari sudut markah buku rekod pelajar: merah tandanya korang failed subjek tu..kekeke.. aku selalu kene kaler ni tang subjek mengira.. tu pasal aku tak suke ngan kira2 kekeke...


Dari sudut makanan: merah tandanya pedas.. kekeke aku pun suke ngan makanan pedas nii.. tak pedas rasa cam tak best laks kann..




iii) Keratan akhbar Berita Harian

Merah bangkit ghairah lelaki , Kajian buktikan wanita berpakaian warna lain kurang menggoda pasangan..

WASHINGTON: Kajian penyelidik Amerika mendapati lelaki lebih tergoda kepada wanita berpakaian merah.Kajian Profesor Psikologi Universiti Rochester di New York, Andrew Elliot, mendapati lelaki lebih tertarik kepada gambar wanita berpakaian merah atau gambar dalam bingkai merah.

So ladies, kalau bleh korang jgn ler pakai baju kaler merah time keluar rumah sbb ianya bleh membangkit ghairah kaum lelaki n if pasangan korang tu kurang ghairah cuba try pakai pakaian merah, maybe bleh menbangkit ghairah derang. And for those yg suke pakai kaler merah yg stay area2 kampung tu, korang pun kene be carefull sbb kaler ni juga amat lah menarik perhatian sang lembu ekkekeke...




Sunday, January 18, 2009

Jln2 Cari Pasal CNY : 1Utama

jenjalan jap kat 1Utama...

Jln2 Cari Pasal CNY: Sunway Pyramid

singgah jap di sunway pyramid...
ingat nak main ice skating, tapi ramai plak org... so round2 jap pastu blah...













Saturday, January 17, 2009

Jln2 Cari Pasal CNY: Tropicana City


singgah jap kat Tropicana City kat PJ ni.. lom byk kedai kat sini.. sesaje jer cuci2 mata jap..


Jln2 Cari Pasal CNY: Midvalley

arini buring sesangat so aku gi jenjalan cari pasal lagik lerr.. aku gi kat Midvalley.. mak datuk jamm giler babas tahap gaban kat sini.. semua parking full.. tapi aku redah jer parking kat theGarden mehehee.. sib baik ade minah tu nak kuar cepat2 aku gi follow..


hurmm patut ler ramai bangat org kat midvalley arini, rupanya ada Postgraduate Education Fair ngan Jobstreet.com MCTF (Malaysia Career & Training Fair) nii... so aku pun sesaja ler gi survey.. aku gi tanya pasal master in information security kat booth CASE UTM pastu baru tengok2 booth yg lain tapi tak lama.. tak tahan arr crowded sangat.. mcm2 rupa org.. mcm2 bau.. mcm2 karenah.. buat aku headache jer... tengok yg area jobstreet tu pun kejap je tu pun pasal kene lalu semua tu baru leh dpt cari exit.. kekeke.. aku tak teruja plak nak survey kat booth2 kerja tu.. maybe sbb keje aku skang sempoi jer n bos pun ok n umah aku dekat ngan opis.. kekeke tu pasal membe2 aku jeles mehehee..

dah penat menempuh beriban2 manusia kat dua2 fair ni aku lepak kat centre tu tengok ade pertunjukan drum plak sempena nak CNY nii..sempat ler juga aku snap gambo skit..







Friday, January 16, 2009

buhsan lagi..

huhuhu... tadik aku keje half-day jer.. tak berapa sihat arr arini..
aku balik umah tido... mlm aku gi cineleisure tengok movie "[Rec]" citer spanish..
actually dia lebih kurang cam citer 'Quarantine'.. tak seram langsung.. ye lah aku dah tau jalan citer nye kann.. kecoh arr pelakon2 nyer.. aku rasa best lagik Quarantine tu.. ok lah nak tido...

Thursday, January 15, 2009

Pengemis Rindu


Rindukah dikau padaku
kerna aku masih keliru
setiap hari kutunggu khabar darimu
namun kebisuan menerjah hidupku


Rindukah dikau padaku
kerna disini kumasih menantimu
kau biarkan aku sebagai penunggu
tiada kata yg dituju
buat diriku yg selalu merinduimu
apakah kau jua begitu merindui diriku yg satu


aku bagai pengemis rindu
mengharap kasih seluas laut biru
irama kasih berlagu sayu
kerna dihati tertanya selalu
adakah kau rindu padaku...

Jangan Biar Aku Sendiri...

Bila melangkah ku tak ingin menoleh lagi
Namun apa yg aku tinggalkan
Sudah pasti tidak akan dapat kulupakan
Kerana semuanya pasti abadi dalam kenangan

Aku begitu kecewa dalam kehidupan
Kerana bagiku kebahagiaan itu tidak pernah bersama diriku
Pernah aku tertanya di dalam hati
Mengapa aku tidak seperti mereka yg lain

Sentiasa bertuah dalam meniti kehidupan
Aku tidak punya sesiapa utk meluahkan
Kerana mereka yg kusayangi sudah jauh meninggalkan diriku pergi

Aku berjalan terus kehadapan
Namun entah kemana langkah ini kutidak pasti
Meraba aku dalam kegelapan
Hanya berbekalkan cahaya dari ilahi aku terus berani

Setapak demi setapak aku tidak mahu berhenti
Kerana kurasa seperti ada sesuatu dihadapan yg menanti
Namun apakah ia hanya Dia yg maha mengetahui

Jiwa kurasa sepi sekali
Hati mulai menangis lagi
Bagai mengerti aku yg sentiasa resah sendiri

Berbalam hati bagai menunggu cahaya di langit tinggi
Indahnya hanya dapat dihayati
Namun disentuh tidak sekali
Begitulah ibarat apa yg tersirat

Dihati kecil aku mengeluh kesekian kali
Apa yg diharap tidak mungkin dikecapi
Entah bila akan terhenti
Segala sengsara yg membelenggu hati

Padamu Tuhan Rabbul Izzati
Aku mohon petunjuk diri
Pandulah aku dalam kehidupan ini
Agar langkahku tidak sesat kesekian kali…

* jika sepi mengetuk pintu hati
jgn biarkan ia menguasai diri
kerna masih ader yg menanti
untuk mengisi kesepian hati...

jika terasa sepi lagi
ingatlah daku sentiasa disisi
kerna daku masih disini
selagi ada hayat ini
takkan kubiar engkau sendiri
andai esok aku pergi
sematlah aku di dalam hati...

* sepi lagi aku disini
sunyi kurasakan setiap hari
amat payah untuk aku berdiri
aku tak biasa hidup tanpamu disisi
kerna selalunya aku kau temani

Tuhan,
sesungguhnya amat berat ujian yg Kau beri
tak tertanggung rasanya hati
berilah aku kekuatan ya Ilahi
bantulah aku tabahkan hati
jangan Kau biarkan aku sendiri lagi...

* jika hati terasa sepi
ingatlah Dia sentiasa disisi
setiap waktu diri ditemani
hanya padaNya mohon simpati

pergilah sengsara dihati
kerna inginku ketenangan sejati
gagahku cuba melarikan diri
dari kesedihan yg membelenggu jiwaku ini


Wednesday, January 14, 2009

Aku nak tido laaa...

Tolong senyap bleh takkk???? aku nak tido punn tak bleh.. dah seminggu derang buat renovation kat jln tepi umah aku nii.. cam mana aku nak tido sengalll....sampai kul 5am derang buat keje.. aku mana tahan wey.. aku paham arr derang pun nak cepat siap, tu cara derang nak cari nafkah, kalau buat siang takut jamm plak kann.. tapi tolong laa wey.. aku ngantuk giler nii.. dah 2-3 mlm tak lena tau.. aku pun kene keje gak...aku nak tidooooo.....

Tuesday, January 13, 2009

Bila Demam Enakei Melanda...

ehehe.. jgn salah paham.. aku bukan demam ler.. but suddenly i'm crazy about enakei.. it's really cool and nice drawings.. tetiba jer aku abeskan beberapa jam tuk melihat n mendownload gambo2 enakei nii.. suke sangat ngan water color/airbrush media nya. cute sesangat, warna pink kegemaran ku n some text yg menarik..

ni skit aku kongsi..









...

Monday, January 12, 2009

What's Your Word?


Your Word is "Love"


You see life as possibility to form deep connections with a few people.

Relationships are the center of your world, and you always take time to bond with those you love.

You are caring and giving. You enjoy helping those you love.

And when it comes to romantic love, you feel passionately ... even in a very long term relationship.

Sunday, January 11, 2009

Jln2 Cari Pasal CNY : TheCurve

arini jenjalan kat The Curve..
hurm.. nampaknya thn ni tak berapa menarik arr theme CNY theCurve nii.. aku lagik suke yg thn lepas.. ni snap aku amik...






















Saturday, January 10, 2009

have u ever...

"have u ever felt that feeling whenever u see someone, u freeze and ur heart
starts to beat soo fast and u have to hold on to something so u wouldn't
fall?"

Friday, January 9, 2009

Nokia XpressMusic 5800

arini launching Nokia XpressMusic 5800.. petang tu aku gi teman si HN pi beli kat Pavillion sbb dia dpt yg selected pre-order yg dpt free headset WH-600 tu...

Nokia XM 5800 ni boleh tahan gak.. ni first nokia buat touch screen hp.. harga pun murah, RM1499(ori zitron) n RM1300 (ap set).. ni strategi pemasaran nokia agaknya.. derang nak semua org boleh try teknologi ni sblom kuarkan N97 nanti n for sure la mesti harga N97 dlm RM3-4 riban kann..


aku dah try tepon ni.. setelah membelek2 ni pro n cons nyer:
+ve:
- resolusi skrin yg tinggi: pergh memang cantik arr skrin dia.. tadik try tengok video dia memang mcm tengok tv siut..
- respons: tiap kali aku touch kat skrin dia akan vibrate.... kekeke..
- keyguard switch: senang nak lock n unlock hp ni serupa cam N85 gak ada switch kat tepi
- media bar: ada shortcut tuk semua media. Photos, videos, music, web, share online…
- game: yg tang ni memang aku suke arr.. rasa mcm main psp plak.. ekekeke..

-ve:
- Secondary Camera: hurm.. aku try2 cari tapi tak jumpa mana option tuk camera depan ni.. dia berfungsi hanya bila kita buat video call jer..
- apps: application byk yg tak de mcm office ngan pdf.. but maybe nanti ade lah tu terang develop.. ehehe..

ni aku snap skit gambo nokia XM5800 ni.. nampak kan cap jari aku bersepah2.. kekeke..































Jln2 Cari Pasal CNY : Pavillion

arini petang gi Pavillion.. ni theme CNY Pavillion... siap ada maskot OX tu lagik.. besar bangat tu binatang.. ekekkee...


















ni kat foodcourt Pavillion.. lampu ni mcm ais ketul.. menarik kann..
kat bwh ni plak hiasan botol... botol2 tu pun menarik perhatian aku.... poyo jer aku ni kann..